Trip Percutian 3 Hari 2 Malam Kota Kinabalu & Kundasang

Bagi yang ingin berkunjung ke Sabah namun masa percutian yang terhad, kami cadangkan trip percutian 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu dan Kundasang. Walaupun singkat namun menyeronokan. Mungkin ada yang bertanya, cukupkah nak cover semua tempat? Ya, cukup untuk kunjungi tempat-tempat wajib pergi dan viral.

View from Kinabalu Pine Resort


Itinerary Trip 3H2M KK Kundasang 

DAY 1 : ARRIVE IN KOTA KINABALU - DEPART TO KUNDASANG - OVERNIGHT IN KUNDASANG

Rumah Terbalik
Jambatan Tamparuli
Pekan Nabalu
Kinabalu Park
Pekan Kundasang

DAY 2 : CONTINUE VISITING IN KUNDASANG & RANAU - BACK TO KOTA KINABALU - OVERNIGHT IN KOTA KINABALU
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial Park
Poring Hot Spring
Arnab Farm
Marakau Fish Spa

DAY 3 : SPEND TIME FOR SIGHTSEEING AND SHOPPING AROUND KOTA KINABALU CITY UNTIL SEND TO AIRPORT FOR FLIGHT DEPARTURE
Filipino Market
Jamilah Jewellery
Frozen Seafood
Chocolate Boutique
Signal Hill
Tun Mustapha Building
City Mosque

~End of Program~

PEKAN NABALU | Photo by @pakejpercutiansabah 

DESA CATTLE DAIRY FARM | Photo by @pakejpercutiansabah 






TIP PERCUTIAN 3H2M KK KUNDASANG

  1. Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu / Kota Kinabalu International Airport (KKIA). IATA Code : BKI
  2. Sebaiknya tiba di Kota Kinabalu (KK) pada sebelah pagi atau sebelum tengahari.
  3. Perjalanan dari KK ke Kundasang lebih kurang 2 jam, namun jangan risau kerana sepanjang perjalanan anda akan singgah/stop beberapa tempat jadi tidaklah kebas duduk dalam kenderaan.
  4. Jangan lupa bawa baju tebal & stokin tebal untuk tidur kerana suhu Kundasang agak sejuk di waktu malam hingga awal pagi. 
  5. Ketika bermalam di Kundasang, bangun seawal 6.00pagi untuk melihat permandangan Gunung Kinabalu yang cantik (jika cuaca mengizinkan). Tapi kena pastikan penginapan anda boleh nampak view gunung.  
  6. Pakai kasut/selipar yang bersesuaian kerana anda akan banyak berjalan, jangan pakai high heel! nanti kaki lenguh. 
  7. Bawa baju gantian ketika lawatan ke Poring Hot Spring / Launti Fish Spa kerana anda boleh mandi di kedua-dua tempat ini. Poring Hot Spring ada kolam air panas dan boleh berendam di Sungai Tagal Luanti. 
  8. KK terkenal dengan makanan laut /seafood, jika anda mencari tempat yang murah & sedap kami cadangan gerai-gerai di Bulatan Todak. 
  9. Ketika membeli-belah di Filipino Market (kedai kraftangan mahupun pasar ikan masin), Jamilah Jewellery, Pekan Nabalu cubalah tawar menawar ketika membeli, mana tahu rezeki anda dapat harga murah!
  10. Jika ingin lebih masa untuk shopping & jalan-jalan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, kami cadangkan ambil flight balik /departure selepas jam 5.00pm. 
  11. Lihat pada itinerary di atas tiada trip ke pulau kan? Dengan durasi 3 hari 2 malam ini anda sebenar masih boleh masukkan trip ke pulau. Kami akan kongsi Itinerary Trip 3H2M KK Kundasang + Island di post seterusnya. 
  12. Terima kasih & Selamat Bercuti di Sabah !

Tulisan dari Hani NJ

Post a Comment

Previous Post Next Post