08 July 2014

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

KEMASKINI:
Taufan Neoguri dikesan pada Latitud 20.4 U dan Longitud 128.3 T, pada jam 8:00 pagi 7 Julai 2014, kira-kira 1944 km ke Timur Laut Pitas, Sabah dan bergerak ke arah Barat Laut dengan anggaran kelajuan 20km/j.

Sehubungan dengan itu:

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Kudat, Pantai Barat & Pedalaman) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Julai 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor Barat, Sabah(Pantai Barat) dan W.P. Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 7 Julai 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 2:12 pagi, 03/07/2014

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Layang-layang, Reef North dan Palawan dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Julai 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Samui, Labuan, Selat Melaka Utara dan Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Julai 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka Selatan, Reef South, Condore, Palawan dan Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 7 Julai 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 07 Julai 2014, jam 09:21AM 

Sumber:JMM

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name:
Address
Email Address:
Mobile Number
Number of Adult
Number of Children
Date of Arrival
Date of Departure
Service Required 3 Bedroom Apartment in Kota Kinabalu
Car Rental in Kota Kinabalu
Airport Transfer
Transportation with Driver
Boat Charter (Tunku Abdul Rahman Park)
Tour Package
Other
Description

Click here to create your own form.