WALAI TOKOU HOMESTAY, KUNDASANG

'Walai Tokou' adalah bahasa Dusun yang bermaksud 'Rumah Kita' atau 'Our Home'.

Walai Tokou Homestay terletak di Kundasang, Ranau iaitu kira-kira 98KM dari Bandaraya Kota Kinabalu dan sekitar 13km dari Pekan Ranau. Kebanyakkan homestay ini terletak di Kg Sinisian yang sangat hampir dengan Pekan Kundasang and berlatarbelakangkan permandangan indah Gunung Kinabalu. Ada juga yang terletak di Mesilau dan permandangan gunungnya juga tidak kalah indah.

Kebiasaanya homestay menjadi pilihan bagi pengunjung yang datang bersama-sama keluarga mahupun rakan-rakan kerana homestay yang ditawarkan adalah sebuah rumah dengan 2 bilik tidur atau 3 bilik dan ini tentunya amat sesuai bagi pengujung dalam bilangan yang ramai atau berkumpulan. Kelengkapan seperti kemudahan memasak, kemudahan BBQ turut menjadi faktor mengapa homestay menjadi pilihan selain harga yang berpatutan. Namun, ada juga homestay yang menawarkan bilik-bilik yang sesuai untuk seorang atau berdua.

Gambar salah sebuah rumah Walai Tokou Homestay



**Di atas adalah contoh salah sebuah homestay yang terdapat di Walai Tokou Homestay. Setiap tempahan bergantung kepada keberadaan dan mungkin berbeza daripada Homestay di atas.

Hubungi kami di
Email: hani_nj@hotmail.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post